#
  • (+60)3 5523 5063
  • help@otek.my
  • +6011 5558 6835

Soalan Lazim

Apa itu OTek.my?

OTek adalah portal digital yang membantu anda membandingkan, memilih dan membeli Insurans Kenderaan Patuh Syariah (Takaful) bersama dengan perkhidmatan memperbaharui dan menghantar cukai jalan ke depan pintu anda, perkhidmatan yang sangat mudah, murah, selamat, boleh dipercayai dan menjimatkan masa dan wang anda . Yang paling penting ialah kami hanya memberikan sebut harga insurans Patuh Syariah sahaja dari semua Syarikat Takaful Motor..

Bagaimana OTek berbeza dengan penyedia perbandingan Insurans /Takaful lain?

Bagaimana format perbandingan yang anda suka? Dalam satu halaman atau berbilang halaman? Adakah anda suka menatal ke atas dan ke bawah untuk membandingkan harga? Saya rasa tidak!
Kami membuatkan perbandingan perkara yang mudah dan mesra, hanya dalam satu halaman mudah.
Dengan beberapa klik, insurans anda sudah siap dan diperbaharui, dan cukai jalan anda akan diserahkan kepada anda secepat hari bekerja berikutnya.

Adakah anda mencampurkan produk Syariah dan bukan Syariah?

Kami hanya memberi anda insurans yang Patuh Syariah, iaitu Takaful untuk memastikan anda dilindungi di dunia dan di akhirat.

Adakah anda menawarkan diskaun atau rebat kerana menggunakan perkhidmatan dalam talian Otek?

Ya, kami ada memberikan diskaun kerana menggunakan portal Otek dan ianya berubah dari masa ke semasa. Kami juga menyediakan hadiah hadiah istimewa di waktu waktu yang istimewa untuk anda!

Bagaimana saya boleh memperbaharui insurans saya dengan OTek?

Mudah sahaja. Layari www.otek.my.
Masukkan Nombor Kenderaan dan beberapa maklumat penting bagi mengesahkan kenderaan anda adalah sah adan anda mendapat Diskaun Tiada Tuntutan (NCD).
Dalam beberapa minit, anda akan menerima pautan melalui aplikasi Whatsapp dan eMel untuk melihat paparan sebut harga dari semua syarikat Takaful. Buat pilihan anda, bayar secara dalam talian, dan ePolicy (eCertificate) bersama dengan Resit Rasmi akan dihantar melalui e-mel dan aplikasi Whatsapp kepada anda.
Pembelian anda selesai dan cukai jalan akan dihantar ke alamat yang anda mahukan. Anda tidak perlu meninggalkan rumah anda.

Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan dengan OTek?

Sudah tentu boleh!
Ini adalah perkhidmatan nilaitambah kami, untuk menjimatkan masa dan wang anda. Kami akan menghantarnya terus ke alamat yang anda mahukan di seluruh Semenanjung.

Kenderaan saya kini dilindungi oleh syarikat insurans atau Takaful lain. Bolehkah saya menukar kepada syarikat Takaful pilihan saya dan adakah saya akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) saya?

Boleh, anda bebas memilih syarikat Takaful pilihan anda dengan Otek.my dan anda tidak akan kehilangan NCD anda. Peratusan yang sama secara automatik akan dipindahkan ke syarikat Takaful pilihan anda.

Bolehkah saya memperbaharui insurans e-hailing saya dengan OTek.my?

Buat masa ini, TIDAK.
Jangan memperbaharui insurans kereta anda dengan OTek.my jika kereta anda digunakan untuk ehailing kerana jika pembaharuan cukai jalan anda ditolak oleh JPJ, bayaran balik akan memakan masa selama 7 hari dan anda mungkin perlu melalui banyak pengesahan dan proses dokumentasi.
Kami tidak mahu anda melalui kesulitan ini.

Apakah jenis kenderaan yang diterima untuk pembaharuan Takaful melalui portal OTek?

  • - Kenderaan persendirian – samada milik individu, NGO atau Syarikat
  • - Kenderaan komersial (kenderaan C-permit sahaja)

Walau bagaimanapun, penerimaan kenderaan bukan standard seperti Supercar, kereta dengan kapasiti enjin besar, dan kereta berprestasi tertakluk kepada persetujuan Syarikat Takaful dan anda akan diberitahu jika tidak diterima / diluluskan.

Adakah saya perlu mencetak Kad Pendaftaran saya?

Tidak tidak tidak! 🙅‍♀️ Kami mempermudah anda 👍.
Salinan Kad Pendaftaran hanya diperlukan sekiranya maklumat kenderaan anda tiada di dalam Sistem Berpusat Insurans.

Apakah faedah memperbaharui insurans / takaful kenderaan saya di OTek?

Selain menjimatkan masa dan wang anda melalui rebat/diskaun, anda akan memperolehi perkhidmatan serta menfaat yang ditawarkan oleh Otek.my dan syarikat syarikat Takaful seperti:

  • i. Bantuan Kecemasan 24jam
  • ii. Perkhidmatan Trak Tunda
  • iii. Takaful Kemalangan Diri (bergantung kepada syarikat)
  • iv. Bantuan Pemindahan, Pembatalan, Penyemakan NCD (oleh Otek)
  • v. Bantuan Pembatalan & Penyambungan Tempoh Insuran (oleh Otek)
  • vi. Khidmat Nasihat kemalangan, kerosakan, kesalahan trafik, senarai hitam (oleh Otek)
  • vii. Khidmat Tuntutan Cermin Pecah dan Kemalangan (oleh Otek)
  • viii. Pencarian bengkel panel terhampir (oleh Otek)
  • ix. Khidmat Nasihat Jual Beli dan Tukar Nama
  • Adakah selamat untuk memperbaharui cukai jalan saya dalam talian?

    Ya, selamat dan terjamin. Pembayaran anda diproses oleh penyedia gerbang pembayaran berlesen (approved Payment Gateway) seperti yang dipersyaratkan di bawah Seksyen 11 FSA dan Bahagian 11 IFSA yang dikawal dan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.

    Bagaimana saya tahu sekiranya urus niaga saya berjaya?

    Setiap transaksi yang berjaya akan dikeluarkan dengan e-Resit oleh pemilik jenama Otek.my iaitu BENO Digital Solutions dan e-polisi syarikat Takaful melalui e-mel dan aplikasi Whatsapp. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau keraguan mengenai perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi pegawai kami untuk mendapatkan bantuan di talian 011-55586835, 03-55235063 atau e-mel kepada kami di: help@beno.com.my

    Bolehkah saya menyelesaikan saman lalu lintas saya dalam talian?

    Ya. Terdapat beberapa pilihan untuk anda membayar saman. Anda mesti menyemak dengan portal dalam talian JPJ dan PDRM. Ini bukan kemudahan yang disediakan oleh Otek.my:

    Bagaimanakah saya akan menerima cukai jalan setelah selesai membayar?

    Bergantung pada lokasi anda, cukai jalan anda akan dihantar oleh pasukan penghantaran kami sendiri, Poslaju atau perkhidmatan penghantaran / kurier lain yang boleh dipercayai dalam tempoh antara 1 – 5 hari bergantung kepada lokasi anda dan sekiranya pihak JPJ tidak menghadapai sebarang masalah operasi.

    Apakah jenis caj dan pembayaran yang terlibat untuk pembaharuan takaful?

    Caj dan pembayaran yang terlibat adalah:

    • - Sumbangan/Premium Takaful
    • - Bayaran cukai jalan
    • - Caj penghantaran
    • - SST dan Duti Setem

    Pada masa ini kami tidak mengenakan bayaran perkhidmatan lain melainkan dikenakan oleh kerajaan pada masa akan datang.

    Apa yang berlaku sekiranya pembayaran saya ditolak?

    Kami akan menghubungi anda untuk memberikan bantuan. Sekiranya masih gagal, pembaharuan anda akan dibatalkan tanpa sebarang caj perkhidmatan.

    Adakah saya akan mendapat resit semasa pembayaran?

    Ya. Anda akan menerima e-Resit sertamerta melalui eMel setelah bayaran berjaya dan diikuti dengan e-polisi.

    Siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan bantuan?

    1. 1. Untuk urusan mengenai portal Takaful dan Otek: + 603-55235063 (dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat) atau hantarkan e-mel kepada kami di: help@beno.com.my (24/7).
    2. 2. Untuk kemalangan / kerosakan, bantuan jalan raya, anda boleh menghubungi nombor Bantuan Kecemasan 24 jam yang kami tandakan diatas stiker pelindung cukai jalan anda. Ia juga juga terdapat pada polisi anda:
    • Etiqa Takaful: 1-800-88-6491
    • Takaful Ikhlas: 1-800-88-1186
    • Takaful Malaysia: 1-800-88-8788
    • Zurich Takaful: 1-300-88-6222

    Sekiranya kereta saya dicuri atau terbakar, adakah kenderaan saya dilindungi?

    Ya, pampasan adalah berdasarkan pada nilai pasaran semasa kenderaan. Oleh itu, sebut harga kami akan mengambil jumlah terendah yang dilindungi (diinsuranskan) yang diluluskan oleh syarikat Takaful masing-masing untuk setiap model kereta.

    Adakah anda menyediakan kereta gantian semasa kereta saya berada di bengkel?

    Tidak, tetapi anda boleh menuntut ‘Kerugian Kehilangan Penggunaan’ dari pihak yang bersalah, sekiranya berlaku Tuntutan Pihak Ketiga.